Monday, January 26, 2015

Suamiku, Encik Perfect 10!

Assalamualaikum. 


Alhamdulillah harini dapat jugak tengok wayang cerita ni. Orang nak kata apa kat aku sebab tengok cerita melayu katalah aku tak kisah sebab aku tak pakai duit korang satu sen pun haters hahaha 

Serious payah gila nak tengok cerita ni. 1st aku pergilah GSC Aeon Bandaraya Melaka. Tau tak yg GSC ni boleh tak mainkan cerita ni. Do u feel me guys? �� Okay pergi pulak Dataran Pahlawan nasiblah tak jauh sangat. Hmm dapat jugak tengok sebab cerita start pukul 12. 


Lepas dah beli tiket ada sejam jugaklah kitorang tunggu je kat situ sbb malas nak berjalan u know DP kan besar hmm malaslah. Masuk je bila iklan u know what, takde suara. And I was being so husnuzon cause fikir yg okay iklan je maybe takde suara. But... 
Uolls bayangkan dah 5 to 10 mins start still takde suara and aku fikir org Melaka sangatlah penyabau sebab takde sorang pun report including me. Omg! Sounds stupid ��

Luckily dekat nak 10 mins tunggu tu adalah org keluar bgtau takde suara ceritanya hahahaha and nasib dia ulang balik hishhh kalau tak aku syak penonton mesti mengamuk hahahaha

 
So endingnya aku sangat sangat sangat suka cerita ni even aku dah baca novel dia. Dia buat cerita mmg ikut novel betul tak menyimpang langsung. Tak macam ombak rindu dulu and KTAR dulu. Okay dimaafkan mungkin sebab KTAR drama kan. So iolls nak bagi 5 stars dekat pengarah and those pelakon yg dah berjaya melakonkan watak terlibat dengan jayanya! Thanks i terhibur sangat!

Saturday, January 24, 2015

Surprise!!!!!

Assalamualaikum. 

Hi apa khabar? Baik baik saja? Hahahaha well now I'm a happy girl. Alhamdulillah. Tuhan makbulkan doa aku. Tuhan bantu aku permudahkan jalan aku. Ini kalau aku tak bersyukur kehadratNya aku tatau nak cakap apa masalah otak aku. Post ni bukan sebab nak menunjuk ke apa cuma nak express yg aku sangatlah gembira masha Allah dengan pencapaian aku sendiri untuk semester 1. Alhamdulillah, terima kasih Allah. 


In shaa Allah, I'll try my best for next semester, semester 2. Nak kata ready tu pun tak jugaklah. Mana readynya kalau cuti baru 3 minggu. Hmm sob sob ��

So next sem pun aku still ambil 7 subjects for 19 credits. Harapnya Tuhan permudahkanlah jalan aku belajar untuk sem 2 ni. Still long sem. Sem 3 nanti baru aku merasa apa itu short sem. Good luck for myself! Keep it up baby ��


Monday, January 19, 2015

Kashaf Imani

Assalamualaikum. 

Tahun ni dah 2015 tau and I'm still watching this telemovie. Omg! Almost 4 years dah weh cerita ni tapi still teruja nak tengok and part nyawa Kashaf nak dicabut tu ya Allah kalau aku tengok sensorang memang feeling habis doh memang nangis T_T

So this is my real Kashaf 


Omg. Seriously sedih. Kau putarlah cerita ni berkali kali pun aku memang akan tengok sampai mak aku pun tanya tak reti bosan ke tengok berkali kali? Hahahahaha apa nak buat. Memang kene tengok and korang hayatilah cerita ni weh. Memang boleh melalak dengan background lagu dia pergh. Okay guys selamat menonton.

Sunday, November 9, 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum. 

Come closer to a week since that incident. Praise to god everything have settled and I was like "hmm now I can breath" ! Act we just need have a heart to heart talk among others. Siapa tak sedihkan duduk satu rumah 14 orang but only 2 peoples who really sincere to talk to me and treat me well as their housemate and the other? Okay only god know. 

I admit that Im the one who make a really big and stupidest mistakes here. Aku dah kutuk macam macam kata itu ini padahal? They are not actually what Ive mention before not all but a little only. So lepas kajadian gaduh haritu dah mengaku salah padahal xmengaku sangatlah sbb aku memang jenis akan diamkan diri kalau org tanya kan? Tulah ta tau camne nak ubah cz that what I'm. 

Sekarang alhamdulillah, hidup aku lebih tenang daripada sebelum ni. Takde lagi aku dgr menganjing or so on. I like the way they treat me now, studying laughing hanging out gathering in the house together okay almost that I really miss to do it with them. Thanks alot guys. Im really sorry for What Ive did before this.

Monday, November 3, 2014

Im not alone

Assalamualaikum.

Now I am facing a very big and difficult situation where I have to face all this bitches. I really hate to spend all of my patient in this type of condition. Aku tak tahu nak mengadu kat siapa kecuali Tuhan. Its not suitable to share it with my mom cause I know that she'll worried.

Even baru sehari aku kene hadap telan sebiji sebiji keadaan ni Tuhan je yang tahu macam mana perit and payahnya aku nak hadap. Aku sabar selagi boleh sabar. Fuh! Perempuan dalam rumah ni kebanyakkannya mulut boleh tahan musibat hawau jugak busuknya. Perli kaw kaw hahaha lantak kaulah weh ada aku kesah?

Well aku admit memang aku ada salah dengan korang yelah maybe korang semua ni spesis terasa dengan tweet yang aku tweet semalam. Tp apa yg aku tweet lahir dari lubuk hati aku cuma aku jenis memang tak reti nak face to face cakap. Aku rasa bahasa aku cukup baik dalam tu kalau korang kene dgn perangai aku last year lg teruk. Macam mana aku tweet untuk bebudak class aku kat matrik. 

Untuk korang dgr aku minta maaf memang payah sbb aku xrasa yg aku salah. Korang ramai ramai pakat xtegur aku pulaukan semua ni aku nak tanya korang dapat apa ye? Tp takpelah aku tak paksa korang suka aku. 

Buatlah apa yg korang rasa betul. Pulaukanlah aku kalau korang rasa betul dan puas. Aku xrasa keseorangan sebab aku tahu family aku tetap dgn aku and aku ada Tuhan. Thanks for everything housemate baru ✌️

Sunday, November 2, 2014

Aku Manusia Biasa

Assalamualaikum.

Aku bukan MALAIKAT yang tak pernah buat kesilapan
Aku bukan SYAITAN yang tak ada buat kebaikan 
Aku hanya MANUSIA yang selalu melakukan kesilapan 

Sematkan dalam kepala otak korang apa yang aku katakan tu. Aku pelik dengan manusia sekarang. Bila aku cuba nasihat aku mesti dipandang rendah senang cerita dicaci dan dihina semula. Salah ke kalau aku cuba nak perbetulkan apa yg salah? Salah ke kalau aku cuba nak tegur kawan aku yg satu ketika dulu aku anggap baik dgn aku. Aku taknak bukak aib kau dekat blog ni tapi kau sendiri tahu aku post memang untuk kau. Tiap kali aku nasihatkan kau, kau cuba timbulkan tentang masa lalu aku. Memang aku bukanlah baik mana tapi sebagai manusia aku cube nak jadi lebih baik dari semalam. Aku tak bukak aib kau sebab aku tegur kau melalui perlian. Aku pernah cuba cakap baik baik dengan kau dan end up? Kau ketawakan aku balik dan ungkit zaman silam aku yg sebenarnya takde apa sangat berbanding zaman silam kau. Kita hidup ni sampai bila nak jahil? Ada kalanya kita kene gunakan akal yg dah Tuhan bagi tu. Nikmat Tuhan so gunakanlah sebaiknya.

Ye aku salah mungkin aku tak cukup layak nak tegur kau yang sememangnya tak boleh dan sukar untuk menerima teguran orang. Mungkin orang yg macam Nabi Muhamad SAW tu je yg boleh tegur kau sebab dia maksum, so kau tak boleh nak ungkit zaman silam dia. Kalau hanya org macam tulah yg boleh tegur kesilapan yg tengah kau buat sekarang, takpelah aku undur diri sebab aku sedar siapa aku selama ni. Tapi jangan mengaku aku kawan baik kau kalau setakat nasihat macam tu pun kau takleh nak terima. Hiduplah dengan kehidupan kau yg kau rasa betul sekarang ni sampailah akhir zaman. Goodluck friend. 
 

Monday, September 8, 2014

Hidayah Milik Allah

Assalamualaikum.

Memandangkan harini start class but aku takde class so aku nak update bloglah. Tapi bukan tentang tempat baru aku ni tp lebih kepada post yg islamik gitu and agak panjang ceritanya. Aku start alam remaja di SMK (A) Tun Perak hmm memang sekolah agama. Bila aku sekolah kat sana memang aku mengaku yg aku free hair. Sbb specific aku free hair aku pun xboleh jawab. Yg aku tahu lepas aku rebonding utk 1st time tu tudung mmg habis tercabutlah. Masuk form 3 aku pindah sekolah mak aku. Masa tu aku pakai tudung. Tp lepas habis je PMR aku rebond lagi so aku bukak balik tudung tu. Kenapa? Hmm kwn2 aku banyak cakap aku pakai tdg sbb nak PMR. Betul ke? Mungkinlah niat manusia tu Tuhan je yg tahu tp aku tetap akui betulnya apa yg kawan2 aku kata tu.

Form 4 memang langsunglah xpakai tdg. Masa tu aku rasa aku pakai tdg comot and nampak kolot tak cantik sakai apatah semua yg negatif aku rasa ada kat aku. Form 5 kejap on kejap off. Lepas habis SPM aku rebond lagi and fully tak pakai tdg. Aku kerja lepas SPM. Hari2 ada customer tak kira lelaki perempuan muslim or non muslim. Tp aku tak kisah semua tu asal aku rasa aku cukup cantik bila xpakai tdg and xnampak kolot. Weh? Tolonglah fikiran aku time tu mmg sempit gila. Masa masuk matrik hmm aku dapat kawan yg mmg suka nasihatkan aku. Senang cerita macam kawan yg nak masuk syurga sama2. Selalu tegur apa aku buat salah atau betul. Selalu ingatkan aku tentang benda2 yg kekadang aku sendiri alpa. Even sometimes aku rasa annoying gila dgn perangai dorang. Tak kira weh lelaki perempuan sama selalu nasihat aku. Sometimes aku mmg tak makan nasihat org ni sbb aku rasa diri aku takde dosa tp aku lupa aku bukan nabi yg maksum. Lelama aku sikit demi sikitlah boleh terima apa yg org nasihatkan kat aku. Aku gak dapat roommates kat matrik yg sgt simple. Aku suka tengok Kak Neesa. Dia simple and bg aku seorang yg pandai menjaga auratnya. Ikhlas xikhlas tu aku tataulahkan? Dia pakai tdg even tak gosok pun aku nampak cantik je sweetlah. So aku mula berjinak jinak nak pakai tdg masa kat matrik and teruslah sampai habis matrik.

Aku terfikir betul kata org, hidayah tu milik Allah. Aku pernah terfikir yg aku nak pakai tdg lepas kahwin. Hell! Kenapa mesti nak selamatkan suami kau sedangkan bapak kau menanggung dosa yg kau sendiri buat banyak gila. Kenapa? Aku tak kesiankan bapak aku ke? Apa aku nak? Nak Yamaha 135LC nak DSLR Canon nak laptop nak 5S gold semua bapak aku turutkan. Bapak aku cuma minta pakai tdg tutup aurat je takkan aku tak boleh buat? Ikhlas xikhlas kita pakai tdg and tutup aurat ni bg aku belakang cerita. Even tak ikhlas at least kita dah pakai dah jalankan 1 perintah Tuhan. Aku mula ttp aurat sbb aku sayang bapak aku. Aku taknak bapak aku terseksa nanti. Bapak aku dah bg ajaran agama secukupnya untuk aku tp kenapa aku taknak praktikkan? Bukan susah mana pun.

Sekarang aku nampak je bebudak sekolah agama aku dulu STP tu SMDB tu ada je yg dulunya pandai tutup litup tp sekarang keluar dah terbukak itu ini. Aku xnak cakap yg aku baik sbb kalau aku cakap aku takut benda tu berbalik pada aku semula. Tak ke naya? Nauzubillah. Tapi serious talk lah kawan2 aku yg baru nak up nak free hair bagai tu. Hmm tak payahlah weh. Korang memang serious nampak kolot gila macam org kampung masuk bandar weh. Tak payahlah free hair. Kalau kau publish gambar kt mana2 laman sosial and org komen cakap "awak comel" , "muka awak macam artis tu artis ni pelakon tu pelakon ni" korang jgn cayalah. Sebenarnya dorang just perli je lagi2 bila dorang tau yg korang ni dulunya berhijab. Korang takut nampak kolot ke bila belajar kat bandar tp still pakai tdg? Hmm weh aku study kat KL kot kat Kampung Baru. Gila xbandar kan? Lagi bandar dari korang yg just study kat certain tempat yg korang rasa bandar gila tu. Kalau korang nak tau ada je org bandar kat sini yg simple. Ramai je perempuan kat KL ni pakai tdg. Bukak sikitlah otak korang yg kolot macam aku masa free hair dulu. Serious talk korang memang tak cantik bila dah pakai tdg then bukak balik. Tak moden langsung okay kampung lagi ada!

Memang betul org cakap hidayah tu milik Allah. Aku dah faham statement ni. Nak tunggu dapat hidayah tu mmg susah tp kita usahalah cari sampai jumpa dan kalau dah jumpa hidayah yg Allah pinjamkan tu gunalah seelok eloknya. Hidayah tu bukan senang nak dapat tp susah pun tak. Bukak hati kita untuk menerima hidayah Allah. So girls outside yg baru nak up dgn style free hair kau tu tayah berangan and perasan cantiklah. Maruah kau mmg takkan terjaga kalau kau free hair and korang nampak jendul sangat weh. Sbb selalunya org free hair ni lg senang menaikkan nafsu org2 sekeliling yg tengok tu. Kita mmg takkan selamat dari mata2 manusia yg sentiasa menilik ciptaan Tuhan yg indah ni. So tolonglah weh. Tolonglah ingat bapak kau yg ada kat rumah tu. Dia pun ada dosa. Nak tanggung dosa mak korang. Nak tanggung dosa korang. Berapa banyak dosa dia nak kene tanggung? Tak tertanggung rasanya. Kalau betul sayang kat mak bapak korang, betul sayang kat diri korang jagalah aurat in shaa Allah semuanya akan terpelihara. Amin!